Dedicate to Mr.S
was posted at 16:46 with 0 comments

Awak ,tengok tajuk . DEDICATE TO MR.S . hihi . sayang you fahamkan yang  today kita nak buat post special untuk awak  .Tadi awak tanya , bila nak buat entri pasal Mr.S lagi ? Akak asyik tanya je ,. Oh sayang ! sebenarnya akak ke awak yang excited nak baca post pasal Mr.S ni ? haish ! kita tahu awakkan sebenarnya , tapi malu nak ngaku , so jual nama akak kan ? Kalau betul akak yang nak baca . Okay fine Akak , ni NurulAinee . Buat entri special untuk Mr.S . Hope akak dan Mr.S suka sangat-sangat dengan entri ni . Kepada Mr.S , awak , kita nak awak baca sambil senyum dan layan 'LAGU -bedroom sanctuary ' ataupun 'A little love ' yang kita bagi awak tu ye . Okay dah ? *angguk-angguk kepala sikit . Good ! Jum kita mula . ..

Awak ,
Status kita complicated kan awak ? kita tak couple tapi awak panggil kita sayang , kita panggil awak Bie and kita suka dengan panggil itu , sebab kita rasa macam awak kita punya . Tiap-tiap hari , tak kita mesti awak akan tanya 

' sayang , apa status kita ? '

salah seorang yang ditanya akan jawab ' COMPLICATED ' . Haritu kita tanya awakkan ? Bila kita berdua nak declare dengan rasminya . Awak jawab , Tak lama lagi sayang , bagi bie masa . *Tunduk , tarik nafas perlahan-lahan dan kita balas  OKAY . Sedih jugak hati , tapi kita tak mahu push awak , kita mengalah . Kita tunggu awak selagi kita boleh tunggu :)

Awak , 
Dah berapa harini , kita berdua tak dapat text pon kan ? Kita ingat awak dah lupakan kita :( serius sedih ! *Lap air mata dekat bantal . Tapi semalam kita text , kita cakap kita demam sebab rindu kan awak , awak balas Hehe , Bie mintak maaf :( bie penat giler kerja . Sorry :( .Okay alasan diterima walaupun hati mendidihlah jugak. Tapi kan awak , malam tadi best gilaa . Awak tak macam selalu . Awak sweet sangat :D Kalau awak boleh di makan , mesti kita dah kena potong kaki kan ? Sebab manis sangat . HAHA . Ni first time sejak dari 3 Februari 2012 tarikh kita start texting , awak boleh dibawak manja-manja . Biasanya , kita baru nak tacing dia dah tukar topik . Sakit hati ! Rasa nak baling je Domo dekat muka awak . Padan muka !

Awak ,
Awak selalu marah kita kan ? Awak cakap kita Ngada-ngada sebab dah tahu badan sakit bukan tahu nak pergi klinik . Awak ! dah berapa kali kita cakap , kita tak suka pergi klinik sebab doktor tu tak handsome ! kenapa susah sangat nak faham !  Sekarang faham tak yang kita benci pergi klinik sebab doktor tak handsome ? *angguk-angguk kepala . Tapikan awak, kalau awak jadi doktor  tiap-tiap hari kita pergi klinik . Serius tak tipu *kenyit mata sikit .  


Awak , 
awak nampakkan senyum bahgia kita tu ? Kita jarang senyum sampai macam tu tau awak . Sebab awak ada di sisi kita semenjak dua menjak ni , senyum ni takpernah tergugat , kecuali haritu ! Awak merajuk dengan kita dua hari kan ? awak marah kita sebab kita buat relationship dengan Syafiq Radzi . Awak dia adek angkat saya lah . Saya tahu , kalau inrelationship  awak terima lagikan ? But saya buat ENGAGED . Sorry lah sayang . semua tu FAKE je . walaupun kita sedih awak tak contact kita , contact-contact kita terus marah-marah , kita tengah sakit sangat awak masa tu , awak marah kita bertambah sakit wak . Sampai kita menanggis :'( itulah air mata pertama untuk awak Mr.S . Kita balas ' Mr.S kalau nak marah-marah yun , nanti-nanti boleh ? yun tengah tak sedap badan ni ' Kita ingat , awak terus call kita lepas kita balas macam tu , tapii awak . . . Kita tahu awak marah kita lagi , kita bersyukur dalam sakit kita, sekurang-kurangnya , kita tahu . Awak sayang kita , sebab CEMBURU TANDA SAYANG kan ?? Malam tu awak text mintak maaf sebab marah-marah kita :) Kita senyum balik wak , sampai lupa diri sendiri tengah sakit . Awak suruh pergi klinik , check , kita takmau . Awak balas ' Ngada-2 ! Tumbuk kang ! '  Bahgianya awak .. tuhan je tau :)

Awak ,
Kita dah cukup bahgia dengan awak . Kita tahu, ramai dah menyampah baca entri kita pasal awak kan ? tapi dalam benci-benci diaorang . Diaorang takperasan yang diaorang dah baca entri ni sampai penutup dah awak :) Tulah manusia wak . Selalu iri dengan kebahgiaan orang lain . Membenci seseorang kerana cemburu tak seperti mana yang orang lain ada . Mereka tidak seharusnya membenci orang yang lain kerana mereka ada apa yang dia tidak ada, kan  wak ? Tapi mereka seharusnya membenci diri sendiri kerana tidak berusaha untuk mendapatkan apa yang orang lain ada . *Hanya sampingan semata-mata tak ada kaitan dengan mana pihak , sama ada yang hidup mahupun sudah meninggal dunia . Al-Fatihah . Amin . 
Okaylah , Assalamualaikum . Terimakasih sudi membaca . SEKIAN