Camping at Bekok , Segamat
was posted at 21:14 with 0 comments

27 April 2012 is one of the most moment that i'm waiting-2 . Ceh bajet speaking je ken ? HAHA . Ada apa dengan tarikh tu ? Asohai , tajuk je dah gempak kan ? awat buat bangang lagi fikir --' Okay sorry :') Kita teruskan lagi ye ? Kay , nak mula dari awal nii ...

Di sekolah . Ckin dok menanya dah kemas baju ke belom ? Bawak baju berapa , seluar berapa , blablablabla . Aku dah frustt . grrr --'' Baju aku semua belum siap pape , tak pack lagi, dengan fikir pasal tak dok kasut nya , Asohaiii :( Aku seram ni sebenarnya nak g camping tu . Waaaa , ekceli aku takutt pacat nii . Semua salah Atikah , dok cite pasal dia join camping dua tahun lepas dekat tempat tu . Tempat tu ? Eh sorry to say bro , tempat tu bermaksod , Hutan Lipur Bekok , Sungai Bantang , Segamat . Hihihi saja taknak heboh biar dekat dalam kepala korang tu ada question mark (?) . Ceh

Okay continue , balik sekolah tu , aku nekad nak g Bukit Gambir dengan mak jap lagi nak beli kasut . Nak di jadikan cerita ,sampailah aku di kedai Ramah . Err , ramah ke tauke tu ? Bolehh lahh . HAHA . Time tengah khusyuk membelek kasut , tiba-tiba ada suara yang cukup familiar yang selalu aku dengar , dia jerit macam ni ... 'Sayaaanggg ...' Ohmaygucci , tu bukan ke suaraa ... ' Eh , ustazah buat apa dekat sini ? ' Dan berlakulah dialog tak berskrip dalam hotak aku dengan ustazah Aaishah . Bersungguh Ustazah pergi BukitGambir beli barang untuk camping .

Lepas tu dah sampai umah , kalut pack barang .Mula-mula kumpul dulu , apa nak bawak . Seluar , baju , kasut , baju seluar yang dalam-dalam >.< Ping... Eh aku tak ambil pinggan lah , ee nak makan pakai apa ni nanti --'' Konon nak buat sendiri tanpa bantuan sesiapa untuk carik pinggan tu , last-2 aku ngalah ... 'Mak pinggan plastik takde ke ?' Dah start mencebik nak nages ni . 'Dah semua pinggan plastik kau buat tempat Abu makan , nak pinggan plastik apa nya ' Selamber je mak gua jawab . Huaaa , nak makan apa ni kangg . Takkan tadah tangan kot ambik nasi :'( Kesimpulannya , aku suruh adek aku pinjam pinggan makcik aku :P HAHA .



Kay ,tadi tu mukadimah je , sekarang masuk pendahuluan . Den capai fon , text dila . 'Der , nak gerak pukul berapa ni ? Jam rosak kaa ' Ceh dah lah tumpang orang selamber badak je aku tanya acamtu . Eh , yelaa .Aku ni darah gemuruh kot , pantang tengok lambat sikit , mula gigil . Serius --' . Nak jadikan cerita , Dila pon sampai rumah aku , dan zroommmmmm kelisa Kak Lina memecut ke SMK TENGKU TEMENGGONG AHMAD . Tengok Azlin tengah beria angkat beg , tengok budak-2 ni semua tengah menuju ke padang kawad . Dengan muka tak malu , mintak Kak Lina bawak kitaorang kesana terus nek kete. Hihihihi . Save tenaga :)

Cikgu check list nama student semua , naik bas . Dapat sebas dengan Umi , haaa . Tu dia , semua orang kena tadah telingga dengor kitaorang memekak . Tak payah nak buat senaman mulut kekiri kekanan sangatlah ~  Sampai dekat Bekok area Pukul 4.30 . Angkat barang ke tapak perkhemahan , den tolong cikgu angkat dua botol sabun basuh pinggan jenama Gloo . Korang ada ? Then solat Asar dulu dekat surau . Aduhaii ,sedapnya air nii , sejuk gilaaa . Rasa nak mandi terus je dekat bawah paip air tuk wudhuk ni . Siap solat , kitaorang semua , dikerah untuk mendirikan khemah . Den sekhemah dengan Lin dan Nurul . Lin awal-2 den dah warning . 'Kau tidur tepi pintu , kang kau kentut time tidur takdelah orang lain dalam khemah ni masuk ICU ' hahaha . Lepas siap khemah , cikgu suruh bersihkan badan . Budak laki dah terjun dalam sungai , kitaorang budak perempuan pergi mandi dekat toilet . Bengang siottt . Sobsobsob . Last-last den tuka baju dekat dalam khemah je ,makan then amek wudhuk and ready untuk solat berjemaah Magreb , usai solat magreb , ada tazkirah dari Ustaz Ismail sementara tunggu Isyak , sudah semayang kita orang disuruh persiapkan diri untuk aktiviti Night Walk . Aduhaii , pacat lembut-lembut dalam palehotak aku . Arghh , all is well yun <-- Pengaruh 3 idoit .


Setelah semua peserta dah ready bagai , cikgu panggil untuk beri taklimat ringkas pasal Nightwalk ni . Yang paling aku tak boleh nak tahan tu , stokin luar seluar . Acane rupanya ? Kau bayangkan orang nak pergi noreh . Macam itulah kami . Sadis gila . Then gerak pergi dataran , En.Hussin dah tunggu . wittwitt . En.Hussin renjer hutan tu merangkap penunjuk jalan kitaorang untuk Nightwalk malam tu . Perjalanan pun bermula , tengah sedap-2 jalan tiba Lin menjerit and nages . Dah kenapa pulak minah ni . Suruh turun tak mau , gedik ! Nak ikut jugak .Ekcelilah kan menurut apa yang aku dengar dari Lin , dia cakap dia nampak kepala time tengah jalan tu . Tulaa ! Aku dah cakap , jangan pandang kiri kanan , degil ! Pijak jugak kang . Jalan punya jalan , sampailah satu tempat yang kitaorang dikerah untuk memanjat bagi meneruskan perjalanan .Aku dengan selamber nya selesaikan . Hihihi . Time ni , sementara tunggu budak-2 lain memanjat , kitaorang(AhliKadetBomba) dengan ustaz ismail buat aktiviti pembuangan pacat. Huaaa , banyak nya pacat dekat kaki aku ni , berdarah-darah dah .Ada pacat nak try masuk baju aku , ni semua Lin lah ni punya pasal , penakut bebenor , dah tarik tangan aku , dengan baju-2 dia tarik sampai terkeluar dan memberi ruang untuk Mr.Pacat ni menyelinap . Damn! Punya pacat . Nampak sangat gatalnya , huh !


Pendakian kami pun berakhir jam 12 or 1 pagi gitulah , time ni memang gila , Cikgu Rohani ajak berkubang dah macam anak kerbau dalam sungai pepagi buta . Gila kerja , kerja gila . Tapiii syokkk wooo , segor gila lepas berkotor-kotor akibat terjatuh masa Night walk tuu kitaorang g berkubang . Tapi buat tak syok , aku tak boleh tidur , mata segor gila . Nak keluo takut ,last-2 paksa jugak mata ni tok tidur . Pagi besoknya sedar time ustaz azan Subuh . Dalam jam 7 pagi , facillator kami bawak kami untuk bersenam . Selesai senam , sarap then bersiap untuk Jungle trekking pukul 9. Belaja dari pengalaman , aku pakai , legging , tracksuit, stokin superduper tebal dan panjang. HAHA . Atas jasa En.Hussin lagi , kita orang daki lagi bukit . Aduhaii perjalan 5 ke 6 jam .Lapar gila . Cikgu bekalkan roti sorang sebungkus je :( Ummm . Pendakian kali ni lebih kepada aktiviti mengenali flora . Subhanallah , besar gilaa pokok tu . Ikut apa yang En.Hussin kata , pokok tu bernama masao durian , pokok tu sebesar pelok 20 orang dewasa dan berumur 250 tahun . Cebayangkan , gila cool kan >< Daki punya daki , sampai dekat kolam air terjun . Apalagi , ceborr .. Baru nak ke sana sikit . En.Hussin larang , dia cakap , air situ dalam setinngi 20 kaki , aku masuk sah-2 tenggelam . Area pukul 12 gerak turun , En.Hussin terpaksa buat jalan short cut sebab pergerakkan kitaorang terlampau lembab . Aku pun nyirap dok , ada yang kat belakang tu terjerit-jerit . Gedik gila nak mampus !


Sampai balik dekat khemah , kami berkubang lagi sampai jam dah dekat pukul 3 ,sebab masa makan dah time lah kata kan . Kitaorang berkubang tak ingat sejuk , mula-2 nak naik , sekali Cikgu Salmi dengan Cikgu Hana buat muka kiut ajak teman mandi gather-gather . Ecececeh . tadi kita ajak taknak ni dia yang ajak pulak . Mak kita ajor , jangan lawan cakap cikgu , tak berkat . So temankan jelaa .. Habis mandi , makan , duduk ikut unit masing-2 untuk perbincangan persembahan Malam Kebudayaan . Waduwaduh . lemah betul aku bincang dengan budak laki , kita beria terangkan , dia boleh buat muka paham je . Bila tanya paham ke tak , jawapan nya TAK . Apa malang nasib aku kali ni hurmmm . Then kitaorang solat . Abis solat , aku baruu nk baring dengar suara Dila . 'Yun kau tahukan nyanyi lagu Be Mine ' erkk . pehal pulak ni . ' Kita nyanyi jela wei , tak kalut sangat nanti ' Kita ? okay .. setuju . ' Kau nyanyi solo then kitaorang buat-buat lah main alat muzik , pukull-2 baldi , tin kosong , botol ke ?' Aku ? nyanyi ? Be Mine ? Nak gelap mata dah nii ... aduhaiii , angin gila aku dah datang .Tak habis-2 aku nyanyi dalam khemah tuuu ...........

'Baiklah , sekarang dipersilakan peserta dari unit uniform Kadet Bomba untuk mempersembahkan persembahan mereka ' . Eh , aku kan Puteri Islam . Apa ni Dila main tarik-tarik pulakk . 'Dah yun , cepat ! Cepat mula , cepat habis ' . Aku jawab tak nak tapi kaki aku dah menapak nak bangun . Alaaa asal tak seiring hati dan mulut aku ni . Semua dah ada  dekat depan . Muka aku dah blushing tahap tak ingat . Malu nyaa aku.

Baiklah semua , Assalamualaikum dan selamat malam kepada para hadiran sekalian . Kami peserta dari unit uniform Kadet Bomba akan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk Be Mine versi Kadet Bomba .

Bermula di Facebook you IM ,
I dulu tak tahu malu , i malas nak layan ,
so i buat tak tahu , 
You terus cuba dan mencuba ,sehingga i jatuh cinta , 
gatalnya diri you , membuat i terjatuh
Bila kita dah start mengada ,kita selalu keluar sama
borak panjang-panjang , makan dan tengok wayang
Sikit-sikit jaa i merajuk ,you selalu sabar pujuk 
tapi sebenarnya i cuma test you saja .
Let me tell you that i love you ,
and i never wanna wrong you
take my hand baby , come go through with me 
let me tell you that i miss you 
and i never lose you my heart baby
My life is incompleted without you .
Dalam pada kita suka , 
sometime we feel so sad juga ,
camping dah nak habis ,
say gooodbye to Mr.Pacat semua .

Yeahhh ! Dan selesai persembahan tu terasa hilang semua takut aku dah . Time tengah nyanyi tu , aku perasan bekas aku dulu ,dok khusyuk tengok aku nyanyi dekat depan sampai tak kelip . HAHA . Malam tu , ada BBQ . tapi aku dah ngantok , tido dulu baru makan . Pagi tadii aku punya lekat nak bangun sampai subuh terlepas . Hihi . Bangun cuci muka . then bersenam . Lepas tu riadah . kita orang main BUAYA BIAWAK dan GORENG PISANG .Lepas tuu makan sarapan , aku buat muka tak malu ambik BBQ kat cikgu . haha . Ayam nya tak masak lah . aduhaiii . Kmas-2 khemah dan tunggu bas sampai . Now , waktu tok say goodbye dekat hutan ni :( sedih nyaa . Kay lahh , assalamualaikum