Perhimpunan Jutaan Belia // JOMHEBOH 2012
was posted at 16:14 with 0 comments

      Alhamdullilah . Akhirnya detik penantian berdebar-debar ni akhirnya dah berlalu pun . Hari Belia Negara telah aku takluki walaupun tak semua pameran yang ada dekat situ aku ceroboh . Mana tahan boleh tahan beb , tapak pameran dekat 6km gituu , nak tercabut kaki . Dah lah ramai orang gilaa . Serabut hotakk aku --' 

Pagi tu terlajak bangun , pukul 7 baru bangun . Tu pun lepas mak membebel tak henti-henti . Bangun je , mandi , siap apa semua . Err ekceli tak siap sepenuhnya , muka kite natural jejak KL . Mana pergi tah toner nya , compact nya , eyeliner nya , lipbalm nya .. Aduhai , mak lah ni , bercakap je , kelam kabut dahh jadinya . Lepas tu Azlin sampai rumah , kiteorang terus pergi rumah Dila , tumpang letak motor then jalan kaki g masjid . Lepas 5 minit , kitaorang dengar penerangan bagai , naik bas dan jalan ~ Berhenti dekat R&R Ayer Keroh untuk breakfast sat . Time tengah makan , kita jumpa Shah :) Kawan FB ^^ Then dia ajak ambil gambar , sebagai kenang-kenangan gitu . cewahh :>


Actually , kite dah kenal Shah dari form 3 dulu , pernah jumpa dia last year masa dekat Bukit dengan dekat bandar , time tu terserempak dengan dia dekat Wetex then masuk satu port Karoke , cuma lain bilik jelaa and last sekali jumpa dia area sebelum raya tahun lepas , masa kite keje dekat salon dulu , dia nak pergi funtion dekat Kundang kot kalau tak salah laa . Then tak dok jumpa dia lagi sampailah semalam  . Kebetulan dia pun on the way nak pergi sana jugak .

Seterusnya , kami sampai dekat PJ (Putrajaya) dalam jam 11 gitu and aktiviti bebas pun diserahkan kepada kami-kami ini HAHA . Tapii dekat 15 minit gok kitaorang semua terbantut dekat Sasuke Warior . Macam syok pulok tengok orang main lompat-2 ,lepas tu jatuh dalam air , HAHA. Dan selepas tu , kitaorang terus bergerak ke pameran yang ada . Aduhai , bosan ngat sampai tak tahu nak masuk mana . Dah ler panas . Booth pulak serius bosan yang amat . Jalan punya jalan sampai Presint 4 kitaorang bawak diri . Aduhaii letih ngat ni . Dah lah tak nampak mana-mana budak kampung acane ni .Last-last nampak Ebull , yess ! Dah selamat . Selamatlah sangat kan , masa dekat pameran bahagian NTV7 , tengah sedap-sedap kitaorang posing dekat gendang cina tu , ada promoter tu , ajak kiteorang test konon-konon cara adab peradaban cina cara minum teh tuu , kiteorang kehilangan Ebul kembali . adehh x)


Lookk ! Punya sedap berangan , kan dah kena tinggal . Ayoyoyo . Then , kitaorang buat keputusan untuk menuju kembali ke Presint 1 , tapi sambil jalan bergambar tu wajiblah kan ^^ HAHA . Tengah sedap bergambar dekat pintu gerbang Cina tuu , kaw-kaw ada abey mata sepet ni , dok usya kami bertiga then he said ' hey miss , can you spend your time for me for a while ? ' Tah betul ke dok gitulah gamaknya , kite kurang dengor , bisang ngat adehh --'' Masa dengar abey mata sepet tu cakap, kite dok tenungnya jaa . ' Awatlah Abey cinaa ni , handsome ngat . Damn ! wahh jatuh like pulee --' ' 

Lepas tu kitaa teruskan perjalanan ke Presint 1 kembali , time dah nak sampai tu , kite nampak Alem , aduaii . rasa nak nages je . Penat gilaa kot . Dengan tak ada line nya dekat Presint tak tahu nak contact mambe yang lain macam mana :'( Sampai dekat bangunan tu , kitaorang terus duduk bersepah dekat kaki lima pejabat apatah tuu --' Dan macam biasalah kan kitaorang bergambar sakan . Muahaha . Memory penuh dengan gambar semalam jea --'

Then kitaorang pindah dekat sikit dengan Sasuke . Shah text kite , cakap dia masuk Sasuke Warior tu . Beria aku tunggu tak ada pun , last-last aku ajak Aina pergi cari makanan . Ambik kau , berjalan lagilah aku ke Presint 2 . Adehh , beli makanan , terus patah balik pergi Presint 1 . Time ni Mr.S call , dia suruh kita beli Mamee untuk dia . Cehh ! Bertuah betul . Ingat rumah kita sebelah rumah dia je . Apalahh . Then kita orang lepak dekat Presint 1 dekat berjam jugak lah kan . Lepas tu Shah call , dia suruh kita tolong snap kan gambar dia dengan kawan-kawan dia . Adehh , malas betul nak berjalan . Kita ajak umi , then snap lah gambar dia . Lepas tu kitaorang snap gambar lagi berdua . Adehh , abis tangkap gambar dia . Kita g balik dekat budak-budak kita yang lain . Then time ni kita nampak gelang Najwa , memukau-mukau kita untuk jadi model gelang tak beriktiraf dan acam biasa Umi ler photographer tak bertauliah tu ^^


Yess dan berakhirnya , pendudukan kita di situ dan menuju ke taman Wawasan . Tapi tak turun bawah pun , kita orang dok tepi jalan . Dah macam anak orang terbiar . Aduh , malunya akuu >.< HAHA . Lepas tu terus pergi ke bas . Serius , dah penat kaki dah sakitt , aduh .. Nak gerak balik , Jammed pulok tu , ayoo , kita dah lapar . Dalam bas masa tu makin lama makin sunyi , semua dah lentok , penat letew ~ Sampai dekat R&R Ayer Keroh berhenti makan jap , tapi tak makan pun lari g bilik air . Nak wiwi , Heee . Masa ontheway balik ni , memang happening gilok ahh . Budak laki lah semua serabai gila perangai . Paling puaka bila ada makhluk yang bukak suara perempuan mengilai , aduhaii nak terkencing aku dengar , cilaka betoii . Sampai masjid je , pinjam motor alim , pergi rumah dila , ambik motor terus cabut balik rumah . Sampai rumah skuad kucing kita dah tunggu depan pintu , mak cakap , skuad kucing kita semua tidur atas tilam kita tadi , rindu kite letew :* Lepas tuu , kita mandi , makan , text sekejap terus tidur . Bangun pagi tadi pukul 11 . Mak lah ni tak kejut . Adehh ~ 


Thats all thankyou for reading :)