PRA HARI RAYA (PART 1)
was posted at 18:49 with 1 comments


 Ehh , harini puasa ke berapa ye ? Aku tak kira langsung pon --' Kejam gila aku ken ? Well kisah hape aku , yang penting trial telah ditangguhkan ke tarikh 3 sepetember 2012 . Mihmihmih . apakan dayalahkan , kesian dekat bebudak trial PMR , puasa-puasa jawab paper ken ? Mesti tak fokus , perut dah nyanyi lagu ombak rindu bagai *Err ombak rindu ? Ekk * . Tapi yang penting aku dah wish dekat dia . Harap-harap Abu *bukan kucing akulah!* dah nyampaikan . Tak sampai , kau jawab dekat akhirat sebab tak sampaikan amanah ! Biar Allah yang balas * <-- gedik Lela*

Sempena nak raya ni , macam biasalah ken , semua orang bizi buat persiapan , termasuklah family aku . Mak aku ? Jangan cakap , 2 kali aku kena ulang alik Bukit Gambir tuk beli kain langsir yang tak cukup cukup tuu *Terqouise beb rumah gua punya langsir * . Rasa nya  minggu ni fully , tiap tiap hari aku pergi Bukit Gambir , bila rasa awal lagi nak balik , tu yang jejak sampai Tanjung tu *Alah bukan selalu*


Yeahh , aku memang kurus gila bapak ahh . Tapi jangan nak kuangja eh , nak kata Mak aku tak bagi makan . Hey hey kamu tuuu * tunjaltunjal dahi hang * . Mak aku bukan tak mampu nak bagi makan , tapi tak larat nak support aku makan dah . Aku ni badan je kecik , nafsu makan aku lagi dahsyat dari Azlin . Tapi kurang sikit . Hey Senah dan Mamat , korang tak study sains eh ? Tu lahh cikgu PJ masuk taknak belaja . Balik-balik skip masuk tandas . tah hape yang ade dekat tandas tu ,aku pun tak tahu . *Padahal aku pun sama buat jugak* . Muahahaha . Okay , meh sini Cikgu Yun nak bagi penerang yang serba ringkas tentang metabolisma . Manusia yang kurus walaupun makan super duper banyak mana (macam aku) , sebenarnya memiliki metabolisma dalam badan yang tinggi . Berlawanan dengan orang yang makan sikit tapi sekejap je dah ada tyre spare kat perut , tu disebabkan metabolisma dalam badan diaorang yang rendah . Jadi , peratus untuk membakar lemak yang terhasil dalam badan korang tu pun , akan menurun ~ Cara untuk meninggikan metabolisma ? P tanya cikgu PJK hang ! Jangan dok nyorok dalam toilet je :\

Der , korang dah start buat kuih raya ? Aku dah <--Gaya Scha Alyayah . First tu , aku ingat nak buat Tart Blueberry . Tapi kau tahu apa yang jadi *geleng geleng*  . Bukan tart yang jadi tapi biskut nestum terus . Kfine , kali ni booo dekat Mr.S , dia yang suka menyibuk , asyik call je manjang sampai hilang concentrate aku wey . Betul aku tak tipu ! dia tu haa , aku baru nak sukat gula , call . Lepastu baru nak pukul gula dengan majerin , call . Then tengah adun doh , call . Seterusnya , masa nak terap dia call lagikk ! Kalau kau stress tak ? Sampai mak aku cakap , bila nak siap kalau manjang bercakap je .Tengok , dia punya pasal , aku yang kena marah :( Untung aku ni cerdik + mewarisi sifat mak aku yang asal boleh je . Tu tak membazir , terus jadi biskut . Walaupun biskut asal boleh , dua dulang pertama dah habis 15 minit lepas keluar dari oven :') HAHA . Siap sepupu aku mintak resepi lagi kau 

Tat Blueberry :>

Next day nya , aku try buat lagi tart Blueberry tu dan menjadi ! Yeahhh *Tepuktepuk tangan* .Tapi satu habit aku dari dulu sampai sekarang , apa yang aku buat , aku takkan rasa selagi tak kena puji dengan mak aku 3 kali . HAHA . Nak jadi cerita, semalam aku tak sekolah lah kan , ALASAN ? Sebab aku kena sakit mata . Bangun-bangun je mata aku dah bengkak je . Omaigucci , matilah aku . nak p sekolah acano ni , Huaaaaaaaaa . Patutlah berat gila nak p sekolah hari RABU tuu . Kan aku dah kata , gerak hati aku kuat ! Semalam memang aku tak larat lagi dah nak p kola , badan aku dah seram sejuk . Dengan mata yang berat gila dan tak boleh nak dibuka . Sedih kau tahu takk !

Gambar balik sekolah :\

Tengoklah , mata aku masa hari rabu tu memang bengkak habis lahkan , tapi hari Jumaat , mata aku macam kena tumbuk . Merah gila . Kalau dah merah , ofcourse sakit tak menahan lah ken ? Kau boleh bayang tak macam mana aku nak tanggung *Mata bersinar-sinar* . Sakit gila bapak kau tau tak ?! Dengan pedih , campur gatalnya lagi . Azlin marah aku , sebab aku suka gosok mata :( Gatallah wey ! Kau tak faham , sebab kau tak kena *Syera je faham*  . Tadi mintak mak belikan Eye more . Tah , tu je insentif yang aku jumpa buat masa ni , suggestion dari Mr.S memang takk lah aku nak guna . Air kencing titis dekat mata ? Takkk nak aku . Geli je . 

Tapi aku duduk rumah bukan aku tak buat apa ,bila aku rasa aku dah kuat sikit dari bangun tidur tu . Aku basuh baju , kemas sikit-sikit . Then aku start buat experiment pertama . How to make dahlia .! Tanpa bantuan mak , maka tercipta lah dahlia batu aku :D Alahhh , memang lah first time buat opkos tak jadi . Tapi nak tahu something tak uolls , semalam rumah gua lagi sikit nak terbako , sebab gua bukak api kuat ngat . HAHA . Habis , jahanam cermin oven mak aku , untung ada abang aku . Dia jadi ahli penyelamat kalini . Kahkahkah . Tapi yang cerita sedih tuu , aku kena cuci dapur sorang-sorang . Tak pasal-pasal aku kena tambah kerja :/ Tapi disebabkan abang aku juga mempunyai sifat akal asal boleh mak aku tuu , dia berjaya membetulkan cermin oven yang pecah tu kepada cermin baru . 8 Star untuk ayon . 2 star lagi aku hambek balik sebab dia tolong simbah air je , tak tolong basuh dapur mak ! 

Malam ni target nak buat biskut kelapa atau sarang semut atau dahlia :) Dahlia aku semalam tak jadi , ada slack dengan adunan aku . Peh membazir kot tepung dengan majerin . Tension aku buat kuih tak jadi , lepastu tangan melecur kena oven . Untung kena sikit je , kalau banyak tadi . Turun hantaran kawen aku T_T . K lah , aku nak p tolong mak aku masak .Sekejap lagi nak buka :D Selamat berbuka semua :)

* Penyiasat Muda *