Date With HZ
was posted at 23:36 with 0 comments

Walaupun sejujurnya aku masih kepenatan lagi , tapi aku gagahi jua untuk mengupdate harini , semuanya hasil berkat telah berjanji nya pun adoi  dengan HZ nak update pasal date dengan . Kesat airmata pakai mouse :'/ Tak ku sangka ku tak ku duga , Katik aku tu gila GLAMOR jugak . Gelak guling guling . So sebelum papehal , aku nak ucap sorry kat katik aku tu , sebab entri ni banyak ayat akan menjatuhkan beliau . Kahkahkah . Siapa suruh luu paksa waa update . Lu merajuk takpe , waa tau acane nak pujuk :D

 Yaaa , memulakan hari dengan sekolah ganti dan juga diikuti dengan kelas tambahan KIMIA sangat lah HELL yoo ! Lu bayangkan , aku dalam kelas dah macam cacing sumbat kau tahu tak ?! Dah lah memula tu ada teknik jawab sokalan agama , okay lah . Alhamdulillah banyak tips aku dapat . Tapi  yang buat aku stress tuu , rehat tertangguh , pukul 11 baru makan . Kesian baby cacing dalam perut aku dah nages . FYI ,  aku ni mana boleh belajo kalau perut dah nyanyi sakan , memang tak masuk weyy , loading je , tak caya kau tanyalah Alim , dia memang dah faham sangat kalau aku blur mesti aku tengah lapo tak pun , tengah makan . HAHA , tapi untung makan free haritu , save duet aku . Boleh buat topup beli minyak motor yang sakan habis adik aku lenjan kehulu kehilir . Susah betul budak baru dapat motor ni . Tapi dalam untung ada rugi , sejujurnya , aku nak bagitau yang aku alergik dengan nasi goreng yang orang kantin sekolah aku buat . Don't no why , bila aku makan mulaaa lahhh , semacam je . Loya nya lain , sakit perutnya lain , tapi kalau orang lain masak okay je . Alahai kesian aku tau kalau bukan sebab makan free + dah lapar , jujur aku taknak makan nasi goreng tu .  Habis teknik jawab soklan , masuk kelas blaja kau . Cikgu Yau dah ontheway p kelas . Lintang pukang masuk tandas set tudung . Tapi hasilnya canggitu jugak , dan ketahuilah kalian semua , ada dua kepelikan dalam hidup anda apabila satu  tudung sekolah aku kekal kemas molek satu hari tu dan tudung fiza terkepot kepet satu hari tuu . Seriusly harituu merupakan hari malang bagi korang . HAHA . Habis je waktu sambung , kelas Kimia tengah-tengah hari buta .  Dengan perut yang meragam ,sememangnya semua tak boleh nak accept . Dan paling badstory tu , cikgu isytiharkan aku dimasukkan kedalam kelas tahanan pada setiap petang hari rabu . Memanglah syok tak yah p koko . Tapi , kalau dah petang-petang belaja kimia , confirm berbuih hijau otak aku . Huaaaaaaaaaaa :'(

Dalam kelas aku asyik memekak nak balik , nak balik  je , sampai cikgu naik rimas dah dengar aku memekak . Akhirnya , dia melepaskan kami-kami semua ni balik jam 1.28 P.M. Wahhh , terharunya cikgu lepaskan 2 minit awal sebelum 1.30p.m. . Tanpa menghiraukan persekitaran , dengan tergopoh gapah aku rush turun tangga , p kat parking , p kat Audey putih aku tuu , carik kunci bawah cardigen . Start motor , and saying bye bye to Cera + ask to her to pray me safe go and back for this afternoon . Ouh my englishh ~ Naik kebas tapak tangan aku pulas torter minyak . Bergegar jugak lah Audey puteh aku tuu , HAHA . Sampai rumah , aku p toilet dulu , lepaskan hajat aku ni dulu bagi mengelak sebarang kemungkinan yang bakal menyumbang kepada Penyakit Batu Karang . Masuk bilik . *Tadi pergi toilet , uniform sekolah tak tanggal lagi* . Tengok fon . Ada misscalled and text dari HZ .Eleh tak sabar letew nak jumpa kita . Senyum sampai telingga . Text dia , bagitau kita dah balik sekolah and tengah nak siap-siap , sekejap lagi awak jemput kita tau , kita wait awak dekat Caltex. Aummm . Almaklumlah perempuan kalau bersiap berejam kan ? Tapi sorry to say , aku kalau bersiap kira macam express high class lah jugak . Aku tak retilah nak berejam ngadap cermin . Lagi-lagi betulkan tudung biar betul betul betul . Rimas aku . 

Puteri Yun yang sudah siap berdandan .

Aku dah cakapkan , aku memang tak suka betulkan tudung . Degil taknak caya . Takpe , kekadang serabai tu menawan . Yang penting yakin diri dan harus ada self confident . Go Girls Go . Jam pun dah menunjukkan 2.20 p.m. Aku keluar rumah bawak Audey puteh aku tu tunggu dekat Caltex . Less then 10 minit gitu , HZ dah sampaiii , yahuuu ~ Taklah berkuah aku tunggu lelama . Dah lah panas terik , aku ajak dia p taman jap , nak parking Audey putih aku dekat rumah si Lia . Kang kena rembat Audey aku , menangis lagu The Wanted aku , ngek . Adoiii , time nak parking tu , ada ayah si Lia pulak , malunya aku kantoi nak pergi dating . Kahkahkah . Lepas tu , aku terus naik mercedez HZ je . Takkan nak naik motor lelain , dah lah jalan jauh , membazir minyak Audey aku je . HAHA . Canggini , memula kitaorang plan nak lepak tanjung , tak kiralah Tanjung Agas ke , Tanjung Ketapang ke , asalkan Tanjung , tapi dah sampai Sungai Mati tu , dia kata nak lalu Kesang redup + takyah hadap trafik light berderet . Aku ek kan aja , sebab aku pun memang dah tak tahan panas . Dahlah tak bawak spare air tadi . Haus gilaa . Something pasal aku ni pulak , aku mudah penat . Sampai kesang tu je , aku dah letih . Tapi bila fikir balik , normallah kalau aku cepat penat . Akukan LOW BLOOD PRESSURE . Kesiankan aku :(  Dari Kesang tembus Sungai Rambai . Bengong betul mamat ni , suka betul ikut jalan jauh , dah sah sah ada lorong masuk dari susur jalan tu . Nak jugak lalu jalan dekat simpang kubur tu . Dah lah banyak lubang . Sakit pinggang aku terhentak . Haduhaiii ~ Kesimpulannya , lepasni bila jalan kampung , aku bisukan diri . Kalau tak confirm 2 / 3 tahun lagi aku bongkok sebab sakit pinggang . Nak concentrated apa aku cakap , bawak motor semua dia langgar . Sabar jela . 

Dalam pukul 3 lebih sikit ah kitaorang sampai sana . Okaylah tempat tu , yelakan  Orang tu dah beria pujuk kita lepak situ , takkan tak appreciate sikit kot . Layan kan aja . Memula tu , aku bengang jugak bila tukar plan last minute , kata nak lepak tanjung , lelast lepak sungai rambai . Apa kes ni der ? Nak merajuk jugak memula tu , tapi control jela . Haaa , but lelast aku yang kesyok lepak situ , sebab bestlah sikit port tu , tak ramai orang . Scenery dia pun lawa . Baru berhajat nak suruh orang tu jadi photographer aku , tapi belum pape dia dah bahan aku batak kemara . Takjadi dah . Mati terus impian aku . Musnah segala cecita . Eleh , kata orang gila kemara bagai , tapi gambar-gambar kita yang nak jejak 500 tu semua dia hadap jugak . HAHA . Apa apa pun best lepask dengan mamat ni , sebab aku suka buli dia . Paling syok sepak selipar dia ahh . Tapi baru berhasil buat 2 kali dia dah bising-bising ugut nak baling kita dalam sungai . Alahhh , tak mau bulilah ~ Hmm , takpe takpe cari idea lain nak buli dia . Kahkahkah . Tapikan mamat ni memang unpredictable person lah , dia main fon aku , lepas tu dia merajuk tacing bagai . Apa punya perangai ler ni , untung waa tau pujuk luu . Lau takk , lu balik jalan kaki . 

Seterusnya*dahmaacamkaranganBM* , tak tau kenapa aku suka sakitkan mamat ni . Tak kenapa cubit , kena tampar . HAHA . Dekat dua kali tangan ni naik pipi dia . Elehh , tampar sikit dah merajuk . Gedikk wey kau ni . Tulaahh cakap menyanyah lagi , kan syok kena tampar . Untung slow waa tampar lu , lau tak melalak lu balik Kota Tinggi . Garang gila aku ni . HAHA . Takpe , nanti dia akan biasa dengan kegarangan aku . Aku rasa dia boleh tahan lagi kot dengan garang aku berbanding gedik aku . Aku dah pesann , jangan buat aku gedik , luu tak caya , sekarang lu yang tak terlayankan . Dah sambung balik . Dalam pukul 5 tuu kitaorang p bandar . Yehhhh ~ G tanjung . Bila sampai tanjung je , gila bapak ah ramai orang , untung tak pergi tadi . Lau tak mati kutu aku . Aku ni dah ler mudah blur bila ramai orang . Aduhai , kau janganlah tanya kenapa dan mengapa . Aku memang dah camni , nak buat cane kan ? Memula bawak p Tanjung Ketapang . Adaa orang takut dengan monyet woiii , malunyaa . HAHA . Lepas tu pusing p Tanjung Agas pulak . Gilaa ramai , dah ah balik jela :( Balik tuu , Ya Allah , naik lemah jantung aku , hilang semangat . Boleh pulakkan mamat ni bawak motor dah macam orang nak p berlumba dekat sprint . Nak taknak , kena bising dekat telingga mamat ni baru dia tau SLOW kan motor dia . Aku ajak dia p Sawah , ikut jalan Sengkang . Dia ikutkan aja . Aku dulik apa , aku Queen , dia hamba aku , kena ikut perintah Tuan Puteri . Kat sawah pun , kitaorang lalu je . Tak berani aku nak bersidai dekat situ . Dahlah berdua dengan dia . Kena hempok nanti , mati aku . Dia hantar aku p rumah lia , aku nak ambik motor , lepas tu lepak taman jap . Aduh , ramai jugak lah budak nampak . Lantak ahh , korang bukan kenal dia pun . 

Dia pun nak gerak balik dah , sebab dah nak magribkan . Aku pun nak jemput mak aku sekali , tapi masa belum sharp on time . Dia teman aku sekejap  kat BHP . Few minutes after tu , aku pun mintak diri nak jemput mak aku . Weee .. Sedihnya , nak berpisah dah dengan dia . Seriously , walaupun dah 4 jam spend time dengan dia . Sumpah tak terasa langsung lama waktu tuu . As the resault , i miss all of the memories 

Labels: ,