Gurindam Sayang :>
was posted at 18:49 with 0 comments


Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera ,

Lama jugaklah kan aku hilangkan diri dari mengupadate sebarang entry . Serius wey , aku sekarang ni memang didetik kritikal  yang amat sangat . Tapi , tunggu sekejap ,to all my hater ,  aku bukan menghidap sebarang penyakit kronik yang memboleh kan aku 'pergi' anytime , at anywhere  , tapi aku sekarang dilanda virus E . What is det ? HAHA ngek . Virus EXAM lahh wey ! Akukan SPM tahun ni , ni tengah ngadap TRIAL ni haaa . De fishh , tertekan gila jiwa batin aku , walaupun tak mengganggu sistem pencernaan dan hawa nafsu makan aku . HAHA . Exam exam lah , makan makan jugak , berak berak jugak . Tapi aku belum sampai tahap makan dalam toilet sambil berak + baca buku lagi lah , buekkk ! 

Okay , balik tuu  point terpenting harini  lah kan , tersiksa jiwa batin ku . Okay . Memang agak kronik disitu sebab sepanjang aku exam ni , aku memang tak fokus dekat sesiapa pun selain exam aku . 24/7 *24 jam* aku memang gelabah semacam je . Sebab aku fikir macam mana kalau aku tak boleh nak buat exam aku ni nanti .. Tapi dalam kegelabahan aku tuu , aku nyetan jugak . Besok nak exam , sampai ke Wetex Perit jugak . Bukan sekali , tapi  adalah dalam 2 kali gituu . Gila kan ? K fine , aku tahu memang agak gila sikit walaupun in fact , gila banyak , macam Alem kata . Tapi nak buekk cano ahh , den ni insan yang lemah . Tak mampu nak nolak dogaan dunia ni . Lagi-lagi tukang penggodanya Bestfriend sendiri . Den kalahh , hanyut dek gelombang keseronokan . *hentak dengan meja * 

Bukan setakat tuu je wey , Trial Week ni . Waktu malam aku , please ! Jangan kacau aku . Ada jugak yang text tanya macam mana paper hari tu or semalam , sebagai contoh orang yang selalu tanya HZ dengan Abang Wan . Lakk , kesian dah aku tengok depa berdua ni .. Bersungguh text aku , last-last aku balas --> Okay je . Nak buat cane lah kan , aku kalau tengah fokus study , aku memang tak boleh orang cuit . Bak kata pepatah aku cipta sendiri , enjin dah panas , jangan simbah dengan air . Korang faham tak pepatah aku tu ? Aku tahu memang ramai tak boleh PICK UP makna disebalik pepatah aku tu sebab aku sendiri tak tahu makna disebalik ayat aku tu , haha perosak bahasa betul . Alaaa  okay fine , senang cite cam gini , lu orang tengah study kan , tetiba ada gangguan , seriusly waa rasa lu punya ilmu dah goyah . Sama macam aku lahh . Tak boleh tengah study , ilmu mencurah-curah ni . Tiba-2 ada orang tutup paip ilmu aku , nanti aku mulalah ... Tutup buku , tidur . Sebab aku tahu , kalau sambung study dah tak masuk hape dah --' 

Same goes dengan Mr.S juagk , exam week ni , aku memang takde masa nak layan dia . Kalau text pun sekejap-sekejap je . Sebab aku text dia pukul 11.30 keatas lepas habis study . Derr , lepas study confirm lu ngantukkan ? Samalah macam aku , aku dah ngantuk . Aku mintak izin nak stop text , nak tidur ... Tak pasal aku kena marah dengan dia . Alasan ! Tujela ayat dia . TOUCHED . Agak dia tak faham ke life aku sebagai SPM STUDENT . Aku ingatkan , dia pernah rasa last year , dia boleh faham aku . Tapii , salah wey . Aku tak macam dia , dia dulu stay hostel . Dah biasa overnight tok study . Aku tak biasa wey , bila aku dah penat study , aku nak tidur . Tapi dia tak faham .. Aku penat .

Semua pelikkan , kenapa lah aku boleh lekat dengan mamat ego , hati batu macam dia nikan ? HAHA . Semuanya start masa bulan februari , 3 haribulan , hari jumaat . Aku balik sekolah , check fon . Ada number baru misscall and text . Aku tengoklah , ouhh syuk , kawan hadi . Dia text aku camni ' Yun , ni number syuk tau ' . Aku main bantai jela balas 'Okay ' . Tah macam mana , lepas tu dia ada call tak salah aku , sebelum dia pergi stadium tok game jap lagi nya . Dia main Hoki kot , wakil Pahang . Since dari haritu , aku start text dia , untill one day , Hadi ada call aku . Tah lah , mungkin sebab RASA SAYANG *puihhh* aku terima dia balik , pasal dia , aku jarang contact syuk . Sampai satu haritu , aku dah bengang tahap petola sebab satu hari aku try contact hadi tak dapat . Memang memula tuu aku rasa nak memaki je mulut ni . Tapi sabar je weyy , last-2 aku text syuk tanya pasal hadi . Syuk yang bagitahu aku , pasal dia nampak hadi dengan suha kat Kuantan . Memang time tu aku rasa diri aku bodoh gila . Tapi aku tak nages . Kuat gila aku time tu . Aku tny hadi bebetul , tapi dia tak ngaku , dia tuduh syuk saja nak rosakkan hubungan kitaorang . Tapii tengah malam tu , hadi call aku , last-2 dia ngaku . Aku nak maki je ikut kan time tuu , tapi akak aku ada kat sebelah . Aku cool je . Aku text syuk , aku mintak maaf kat dia , sebab dah tuduh dia memacam . The best part is , dia maafkan aku wey .

Aku keep contact dengan dia , until one day , he be honest with me and admit that he was taken by AM . Time tu , memang rasa macam LIVING HELL ! Sedih toksah cite . Aku terus senyapkan diri , sebab aku taknak contact dia lagi . Till one day , dia text aku . Aku tak tahu , kenapa aku boleh balas text dia . Dia cool je , macam takde pape yang jadi . Tu satu 'kelebihan' dia , dalam segala hal . Boleh buat donno je . Memula tu rasa sakit hati jugak , bila aku merajuk dia tak pujuk . Sampaikan aku pernah terfikir dia tu GAY . HAHA . Memang bengang gilalahkan bila kita touching , orang tu buat selamba katak je . Mula je aku saiko sikit , lelama tu aku dah tak heran . As the resault , aku malas nak merajuk dengan dia tak tentu pasal macam mana aku pernah buat dengan orang lain . Bytheway , aku ni attention seeker wey , tapi dia mana pernah bagi perhatian dekat aku pun balik-balik aku nak kena hadap dia je . Pasrah ! 

Pasal dia yang aku tahu , dia anak tunggal and duduk pun dengan nenek dekat kampung . Confirm mengada , mengedik tu dah bagi royalti dekat dia sorang je . Aku ni lah nak kena hadap angin dia 24/7 . Kalau dia kata , dia nak ! Maknanya dia nak . Cubalah kau bagi excuse , tak payah tunggu lelama , time tu jugak kau makan maki percuma . Memula aku tahankanlah jugak , lelama mana boleh tahan , selamba badak je kau maki aku babi bodoh kimak bagai kan . Hamik kauu , aku bagi ayat makan paling dalam punya : ' Kalau yepun sakit hati , hati orang lain nak kena jaga jugak' . Sejak detik tulahh , dia terus transform jadi someone yang lebih fleksibel . Boleh lah kau nak merajuk sikit-2 dengan dia . Tapi part paling dia suka , buat aku sakit hati . Lepas tu pujuk aku panggil aku gedik . Alahaiii , rasa nak tenyeh je muka dia dekat depan muka putih , grrrr . 

Nak kata dia ni good looking tu takdalah sangat . Nak kata tak handsome , handsome lah jugak . Tapi nak kata handsome tak boleh jugak , sebab dia masih ditahap kehandsome ' an masih yang bawah dari Zayn Malek . HAHA . Tapi okaylah , handsome sangat tu takdelah , tapi masih ada rupalah lagi . Kalau tak acane lah dia boleh buat semua perempuan gedik dengan dia . Kan ???? Haha. something pasal dia yang buat aku like gila halia tukan , dia  ni jujur . Haa , tulahh positive thing pasal dia yang aku adore gila . Kekadang tu , rasanya aku pun tak sejujur dia . Betul doe , semua pasal black life dia , dia story dengan aku . Bukan macam orang tuu , story pasal baik dia je . Puihhh ! Kekadang tu , aku pun tak faham kenapa dia jadi macam tu . Bagi aku dia baik kot , maybe faktor sampingan yang menyebabkan dia jadi camtu . In fact lagi , aku lagi suka dia duduk kuantan dari balik Bera . Bila dia balik Bera je , mulalah dia minum air setan tuu ! Nak berbuih mulut aku ni membebel dekat telingga dia . Bila marah , janji tak buat lagi . Tapi buat jugak . Last-last aku serah diri , malas nak campur , dia dah besar panjang boleh fikir sendiri . *angkat bendera putih*

Romantik ke tak dia ni ? HAHA . Nama pun , hati batu , mana ada masa nak jiwang leleh ni wey . Okay , salah sama sekali tafsiran korang tu . Actually , dialah manusia yang paling sweet yang aku pernah kenal . As the evidence , aku suka bila dia story pasal kucing-kucing dia : Putih , Gedik , Kurap . Nampak gila perangai childish dia wey . Story pasal kucing ngalah story pasal makwe . Paling touching tu , dia  kutip stray cat and adopt it . Stray cat tu , Gedik dengan Kurap lah . Why gedik ? Tah lah , dia cakap dengan aku sebab Gedik tu asyik menggedik dengan dia je tu dia panggil GEDIK . Another one is Kurap . Haaaa , Kurap nilah part paling touching tau , dia jumpa dekat kedai makan kalau tak salah aku lah . Time tu dia tengah medang*ngeteh* tiba-tiba kurap datang dekat dia kot . Dia bawak balik , dia rawat Kurap wey , habis luka kucing tu sembuh dibawah penjagaan beliau . THUMBS UP !  

Fikir dengan kucing je ke dia sweet . Dengan aku pun dia sweet jugaklah . Bila gaduh sikit , dia suka bagi aku tajuk lagu , suruh dengar . One of the example : 50 way to say Goodbye by train . Haritu , aku layan fly fm lah kan , aku memang tengah berangan ingat kat dia kan . Tiba-tiba lagu tu keluar . Aduhaii , leleh mak , nak . Aku ingat dia tengah syok syok dengan AM mesti dia lupa aku kan  , sedih gila . Nangis sampai terlelap . Memanglah dia bagitau aku yang dia p Cherating dengan AM , tapi tahlah .. Sentap jugak aku dengar . Tapi sebelum tuu , masa raya ke bape ek , raya ke 6 / 7 Kot ,macam biasalah gaduh dengan dia . Kan normal tu , dia pun marah bersungguh sampai main sembur je ayat . : "Tolong bagi sayang awak tu dekat babi , suruh babi tu PIJAK-2 KAN je . Tak guna lah sayang awak tu ."  Rasa nak p bunuh je mamat tu wey , time tu dah nekad . Taknak contact dia lagi dah , pagi tu aku bangun tidur .Dengar posmen datang . Makcik aku panggil aku , dia cakap ada kad raya untuk aku . Untuk aku ? siapalah yang bagi tu . 

Time tu memang excited gila , bukak sampul sambil berdiri kau , tak nyempat-nyempat nak duduk , bila bukak tengok ada syiling 60 sen dengan kad raya warna hijau pink . Lepas keluarkan , aku bukak lah kad raya tu , and moment paling touching tuu tiba tiba ada lagu .  K aku ngaku , time tu aku nages dekat sejam lah jugak , terharu k terharu . Okay , sebenarnya macam ni , masa memula dia mintak alamat rumah aku dulu , aku dah syak dia nak bagi something kat aku . Aku memain lah cakap dengan dia , kalau nak bagi kad raya tu , bagi yang ada lagu . Baru syok . Tak sangka pulak dia tunaikan hasrat memain aku tu . Tapi tulah , setiap kali kitaorang gaduh je , mesti akan ada something yang akan rapatkan kita orang balik . Peh kekadang tu rasa , mamat ni memang jodoh aku ke hape ? Tapi , lately , kitaorang selalu gaduh . Tiap-tiap hari mesti ada gaduh . Balik-balik aku jadi punca . Tah lah aku jadi punca untuk keadaan yang tak dapat dielakkan , dan dia pulak tak faham aku . Memang susah . Kadang-kadang tu, bila aku belek kad raya dia yang dia ada ketip duet separuh tu , aku terfikir ... Mampu ke kau bercantum dengan yang lagi separuh tu ek , duit ? 

Kbye :)

Sincerely ,
CahayaMata