Happy Birthday Mr.S
was posted at 18:26 with 0 comments



Wii ~ untung nya aku jadi orang ke 85 wish dekat Mr.S hari tu T_T . Semuanya salah ubat batuk dengan ubat selsema lah ni . ada ke patut dia pergi bertindak dengan sungguh cemerlang gemilang dan terbilang . Beria aku pasang alarm nak bangun pukul 12 tengah malam . Beria kuatkan sound phone . Beria pasang vibrate *eh tipu , tak pasang* .beria karang ayat 2 jam awal nak wish dekat dia . Beria save 9 sen semata nak jadi orang PERTAMA wish dekat dia , last last ? Hanya kerana Ubat batuk dan selsema , rosak segala gala nya .Punca betul ubat batuk dengan selsema ni .  FRUST TERTONGGEK aku kau tau tak ? Huaaaaaa 


Sedar sedar je , lampu bilik aku terpasang lagi , comforter dari hujung kaki sampai hidung , hidung aku dah kering dengan hinggus , suara aku dah tak keluar , kepala aku piong gila , tekak aku  perit gila nak matik , tengok handphone , tengok jam . Wadepakkk ! Dah pukul 5 pagi . Dah nak subuh dah :( Dalam hati , ya tuhan , katakan lah ni semua mimpi semata-mata . Aku tampar pipi aku , Sakit . Kfine tak mimpi , conclusion is Aku tak jadi orang pertama dah . Sedih . Dengan , airmata dah bergenang , kuatkan hati , pergi dekat draft *kan dah karang malam tadi* terus sent dekat dia . Tunggu 5 minit . Takde respon pon :( Kfine tdo balik . Pukul 7.25 pagi , tetiba lagu be mine memekak dekat telingga aku . Ikutkan hati nak baling je handphone ni . Sekali tengok . Eh eh Mr.S aku lahh . Agak agak dia marah tak ? Hmm . Cuak . Bukak inbox , tengok dia say thankyou . Bla bla bla . Bytheway , for your information, dapat kiss dari dia weyyy ! HAHA . Bapak gila eksitednyeww aku . Tapi bukan kis betul-betul lah gila ! Kiss dalam text jelahh . Hotak pink lembik lembik betul lah kau ni ! 


Lepastuu , tengah sedap-sedap bermadah rindu dendam dengan dia , tettt ! Sorry , your sending failed . Bapak ahh ! Aku tak sempat balas kiss dia lagi nii :( Sampai hati kau maxis time aku nak bermanja cani dengan Mr.S aku  , kau tak nak beri can pun kan ? kau ingat senang ke aku nak manja-manja dengan dia ni ?  Okay fine . Tengok ahh , birthday aku nanti , aku bankrap kan kau sampai kau tak boleh nak naik lagi dah . Aku nak gayut dari pukul 12a.m. sampai 11.59 p.m . Padan muka kau . Baru kau tahu rasa nanti . Kahkahkah .Time makan , time berak , time tidur pun aku nak bergayut je . Nak onthephone je . HAHA . biar padan dengan muka maxis . kahkahkah . so sesiapa yang rasa nak bertekak dengan aku . Sila inbox number anda di fb saya : nurul ainee , ataupun twitter saya : @YunaiynieShumud . Kahkahkah . part twitter tulah yang tak boleh nak pergi . Kadang-kadang aku rasa twitter ni dah macam blog pulak , memula nak hidup , memang kena mengamalkan budaya , i follow you , follow me back . Aku g kat group twitter & skype dekat FB , promote link . Bapak merah padam muka aku . Macam kena hukum bogel depan pavillion je . Tak tahu pehal . Malu gila . HAHA 


Dah ah , merapu je . Aku nak wish dekat Mr.S aku bukan cerita pasal Twitter . Tak pasal kena bahan batak pulak nanti . HAHA . Bytheway , my dear Mr.S . Ataupun lebih dikenali sebagai Mohammad Syukri Bin Abdullah ataupun lebih dikenali sebagai Syuk ataupun lebih dikenali sebagai Wiii ataupun lebih dikenali sebagai along ataupun lebih dikenali sebagai ali. Kay kay kejap , penat aku nak memories nama orang tua ni . Memacam betul nama dia ada . Huh ! Kay sambung balik , Saya , Nurul Ainee Bte Md Sihat , ingin mengucapkan selamat hari raya , eh salah :P Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 18 . Ucapan seterusnya , boleh di lihat dibawah sini :P  



Walaupun ucapan dalam gambar gerak-gerak tu teramat sangat cliche , saya harap awak hargai lah ye . Penat saya nak cari pin tudung semata nak webcam , nak edit gambar nak buat animated pic camtu . HAHA . Saya buat ni semua sebab awak tau tak . Sebab saya memang tak ada idea langsung cane nak wish dekat awak . Tengok lah , update pun dah lepas bape hari dah birthday awak kan ? Sorry wak , saya agak busy buat masa ni , harap awak faham ye :) ni pun mintak idea dari umi , nak buat apa untuk birthday awak . HAHA .  Tu saya decide nak buat special entri untuk awak . Gila ahh . Awak je kay yang first saya buat special entri cani . Senyum lebar lebar cepat ! Heee . Tapi saya tahu , bohong ah , kalau dalam hati kecil awak tak terlintas yang awak berkenankan saya untuk mengupdate untuk awak kan  . Awak kan suka buat ayat makan dalam macam ni : Tadi kita stalk blog awak , takde cerita pasal Mr.S pun , kita terus padam . Takde mood dah nak baca lagi . HAHA . Comel gila ayat . Rasa nak tampo tampo je pakai berus kawat .


Awak ,  saya nak awak tahu saya tetap S***** awak walaupun awak dah suruh saya p bagi babi pijak pijak kan s***** saya ni . Dan awak jugak lah yang selalu buat saya sedih . Buat saya tak tenang nak kerja . Buat saya rasa benci awak . Buat saya rasa nak baling handset . Buat saya rasa nak padam number awak . Buat saya rasa taknak topup sebab awak .Buat saya padam semua gambar awak dalam phone .Buat saya touching bila tengok duet separuh tu . Buat saya jeles .   Buat saya rasa nak remove awak dari FB . Buat saya rasa nak block awak lepas saya remove awak .Buat saya nak update blog kutuk awak , bahan awak .  Buat saya rasa nak padam semua entri pasal awak . Buat saya rasa nak buat status berderet sebab sakit hati dengan awak . Tapi macam mana pun saya rasa , dalam hati saya tetap sayang awak . Saya tak boleh nak tipu diri saya . 



Kadang kadang bila saya teringat hubungan kita sekarang ni yang dah macam hell . Saya sedih wak . Saya dah hilang syuk saya yang dulu . Saya dah tak nampak mana syuk saya yang dulu suka paksa saya nyanyi tengah tengah malam . Mana syuk saya yang suka buat saya senyum sampai tiga hari berturut turut . Mana syuk saya yang selalu kuat kan saya bila saya jatuh terduduk dan tak boleh bangun . Mana syuk saya , yang selalu pujuk saya bila saya sedih kena marah dengan mak .Mana syuk yang suka merajuk bila saya tidur tak bagitahu .  Mana syuk saya yang suka marah saya bila saya selalu jumpa alem . Mana syuk saya yang suka maki saya bila saya buat salah . Mana syuk saya yang suka cerita pasal gedik , kurap , putih dengan style bebudak tu . Mana saya nak dapat semua tu balik wak ? Bagilah tahu saya wak . Saya nak syuk lama saya balik :) Sebab saya tak kenal langsung syuk yang sekarang . 

Whatever it is , saya cuma nak ucap , HAPPY BELATED BIRTHDAY MOHAMAD SYUKRI :)

Labels: