Rewind ...
was posted at 22:20 with 0 comments


Peh sejuk gila bapak ahh ken harini , dengan hujan dari tengah malam tadi .Pehh memang terbaiklah tidur . Nyenyak jew ~ Tapi sebelum tidur sempatlah berangan lagi ken . HAHA . Aku pun tak tahu kenapa aku ni kuat gila berangan . Ada je benda aku nak berangankan . Kadang-kadang rasanya benda tu tak perlu di berangankan aku berangan . Kau faham tak apa aku cerita ni ? Aku pun dah berbelit ni --'

Lepastukan , benda yang aku berangan tu , macam gerak hati aku . Macam aku selalu cakaplah ken , gerak hati aku ni memang kuat macam magnet SOUTH bertemu NORTH , kamcing habis ! Tapi tulah ~ aku selalu jugak cakap HATI DENGAN PERBUATAN aku selalu tak seiring . Choiiiii ~ Tu yang asek dapat bala je tu . Huh ! Stress k Stress 

Then , nak dijadikan ceritalah ken , malam tadi sementara nak lelapkan mata , aku dok kebil kebil sorang sorang dalam gelap . Aku terfikir pasal SEJARAH-SEJARAH aku dulu . HAHA funny betul bila teringat balik . Cuba korang rewind balik apa yang korang buat masa memula couple dulu . Alah mula-mula nak kenal wat det lup katakan . Korang faham tak ni ? Grrr . buat-buat faham jelaa ~ 


Mesti time tu , korang imagine tulah cinta mati aku yang akan bawak aku sampai pelamin :\ Tak payah nafikan lah ~ Aku pun sama je . Masa tu siap buat perancangan masa hadapan lagi , bila nak dating , bila nak tunang , bila nak blablabla . HAHA dan dah memang norma kehidupan gegels bila diaorang HAPPY SEDIH wateva lah diaorang suka sharing lah ken . Dan oleh sebab hal tuu , Ckin ingat sampai sekarang siapa cinta pertama aku . Chopp ! Bukan cinta , tapi pakwe pertama aku ,  capital MA  :D 

Yelakan disebabkan renjatan / kejutan budaya mulalah perasan gila barbie . Bajekk hotsetahh memasing , dok koya pleasing gitau berapa banyak pakwe yang dah berjaya dikumpul --' Tapi zaman kedajalan aku terserlah masa form 2 and 3 . Form 2 aku masih nak naik , couple pon jauh-jauh je . Paling dekat pun Zam . Tu pun nak date , hmm ~ Naik form 3 memang zaman gelap aku betul ! Aku ingat balik rasa nak p terjun bangunan . Teruknya aku masa tu ..

Nak tahu teruk mana aku ? Kau orang memang , buruk aku laju je . HAHA .. Tah lah yang kau orang kena tahu , muka suci gua ni dah pernah makan penampar abah gua . So lu orang boleh bayangkan tak , abah gua yang tak pernah usik gua sikit pun dari baby boleh terus tampar gua ? Mesti sial gilakan aku buat ? Memang pon . Dan dengan disebabkan tamparan tu lahh , aku start berubah sikit-sikit . Tak kemaruk gila bapak ahh dengan Cinta-cinta ni . HAHA . Cukuplah 8 bulan aku dalam dunia gelap :'D 



Masa form 4 aku tak ingat sangat walaupun baru berlaku tahun lepas . Yang aku ingat , aku ajak Zam couple balik :D Kahkahkah . Time tu aku baru lepas break dengan siapa tah , aku terus ajak dia couple . Mihmihmih. Seriusly doe , time tu , aku tak fikir apa dah . Yang aku ingat aku nak seseorang tok buktikan dekat ex aku tu , yang aku boleh hidup tanpa dia . Muahaha . Keji gila aku time tu . 

Tapi siapa sangka doe , dari setakat nak memain tu , jejak 9 bulan wei aku dengan dia . Kau hado ? Peh , memula tu rasa okaylah takpe maybe dia busy kerjakan . Tapi bila dah jejak seminggu takde jugak . Aku nekad lagi seminggu dia tak text , aku anggap kitaorang dah putus . And u know what , tu lah first time aku jatuh cinta . I love everything about him . His eyes , his smile , his voice and ofcourse his superduper Red LC lah ken ~ Kau tahu takk , dia lah yang first time bawak aku dating dekat tanjung . And that day , kitaorang boleh sedondon pulak pakai tshirt purple . Sweet ! 

Puasa tahun lepas bagi aku memang pointless langsung . No soul ! Aku rindu dia 24/7 . Tahlah, sampai aku jerit kuat-kuat masa dekat taman tu . Damn bangang gila ken ? Bodoh betul rasanya . And lepastu MK dtg jadi SUPERMAN aku . Mihmihmih , dengan dia pun tak lama , sebab banyak no spare part . Lepas tu datang pulak Hadi . HAHA . Situasi yang sama masa memula couple dengan zam lah ken , sesaja nak show off dengan EX aku . HAHA . Setel dengan hadi , dengan ewan pulak :) 

 FIRST TIME AKU CELEBRATE BIRTHDAY AKU DENGAN BOYFRIEND aku . Memang rasa heavenly gilaa . Tapi aku dengan Ewan pun tak lama , seriusly kitaorang takde chemistry langsung . Asyik gaduh je , tapi something pasal ewan yang aku suka , dia pandai pujuk . Kahkahkah . Sebab tulah aku rajin merajuk masa dengan dia . Weee ~ Habis dengan Ewan aku dengan Mr.A , sorry rahsia negara takboleh didedahkan xp . And the same time aku kenal dengan Syuk . Haha . Mr.S aku yang superduper fames dalam blog aku ni . 

Well , sebenarnya aku tak berminat pun nak tabur cerita banyak-banyak pasal bf orang ni dekat blog aku , tapi disebabkan aku kekurangan modal cerita + Syuk ni bagi inspirasi dekat aku untuk memperluahkan semua perasaan aku so aku decide untuk tulis cerita pasal dia . Dan conclusion nya , he like plus plus plus all my entry about him . Dasar kuat perah santan . PERASAN ! Tapi macam yang aku pernah sebut , setiap gegels , of course taruh harapan dengan Dear Crush diaorang kan . Samalah macam aku ! Haish ! Nantilah aku buat special entri , sebab apa aku syok dengan BF orang ni :D 

Grrr , FYI , act aku nak post pasal abang aku , tapi aku rasa aku dah jauh gila melalut ni sampai nak penghujung dah . HAHA . Next time lah aku update lagi pasal Persiapan PRA HARI RAYA aku eh eh eh ? K lah aku nak blogwalking dekat blog Kakimotong dengan Izyahya . Assalammualaikum ;)