21 DISEMBER
was posted at 09:09 with 0 comments



Happy birthday to you , 
Happy birthday to you ,
Happy birthday to Nurul Ainee ,
Happy birthday to you :)) 

Syukur alhamdulillah harini genap dah 17 tahun umur aku . Walaupun aku still kecik molek cenonet acani , tapi aku dah besar kay , dah matang sikit dari biasa . Dah tahu bezakan baik buruk , yang mana intan yang kaca , yang mana boyfriend yang mana bestfriend . Ecewahhh . tak pasal bestfriend boyfriend pulakkan ? Bestfriend(lelaki)  tu Halim lahh siapa lagi , Boyfriend tu haruslah Justin Bieber yang lagu dia dok , kongkrang kongkrang dekat fon aku bila mesej masuk pada suatu masa dahulu . HAHA .

LOL . Bangun pagi semalam aku cecepat check fone . Bukan aku excited tunggu mesej dari Brad Pit ke hape , tapi aku tunggu mesej dari Maxis . Takde pun :( Masa dalam toilet , aku termenung sejenak . Adakah , pengasas Maxis merupakan salah seorang silent reader blog aku ? Sebabnya kan aku dah bertekad nak memufliskan Maxis sebab dia mengganggu kebahgiaan aku suatu ketika dahulu . Baca sini --> KLIK

HAHA . Balik kepada cerita asal. Lepas keluar dari toilet dengan muka yang sememeh , aku menuju kebilik , nak baring balik . Tengah nak menegak kan tulang belakang diatas tilam yang dah tak berapa nak hempuk ni , tetiba keluar lagu Bedroom Santuary . Ehhh , siapa yang mesej ni ? Hohohoho . Sekali bukak . Tadaaaaaaaa ~ akhirnya yang ku tunggu-tunggu akhirnya menjelma juaa :D 

Ini dia . Free call . Hihhihihihi .

Hahaha . Hotak aku dah ligat memikirkan nak bergayut dengan siapa lah malam nanti . Hihihihihi . Then , aku pun bergerak untuk mensiapkan diri nak pergi kerja . Sungguh tak bersemangat . Letih . Malam tu , time dah hujung-hujung dah nak kemas kedai , ada pulak customerkan ? So , aku pun memang time tu memang tengah angau , sebab ada mesej dari ehem ehem . Aku buat kerja sambil tersengih-sengih , sehinggakan customer (lelaki) tu aku tengok macam terperasan yang aku syok dekat dia . Wadefish ! Terus simpan senyum aku ni balik . Ehem ehem kata , senyuman aku ni macam racun , bahaya . Sekali terpandang , terus jatuh hati . Aww aww . Manis nya mulut awak , boleh potong kaki dengar . Ehem ehem kata , oleh kerana senyuman aku nilah , yang buat dia jadi orang muka tak malu nak kawan dengan aku :> Selingan tentang ehem ehem .

Balik kerja . aku terus cuci muka . Masuk bilik . Baring . Nikmatnya ~ Dahlah tengah datang bulan , sengugut pulak tu . Memang nikmat kalau dapat baring . Hikhikhik . Mesej mesej dengan ehem ehem , faqih , KA . Sampailah pukul 11.30 , ehem ehem call . Sebab dia kata , makin lama mesej aku , makin blurr dia . HAHA . So , aku pun dok bergayutlah dengan mamat ni sehinggalah tetiba ada mesej masuk mengganggu  perbualan kami . Ecewahh .

 
Anem buat special untuk kita . Please jangan jelly :P

Syuk . Dia jadi orang first yang wish untuk aku tahun ni . Bapak ahh , terharu gila aku . Aku ingatkan dia nak balas dendam dekat aku sebab aku jadi orag yang 83 wish birthday dia kan . Tapi tidak sama sekali :') Lepas tu Halim pulak , halim memang dah biasa dah . Dia memang tiap-tiap tahun antara orang paling awal . Lepas tu Lin . Then baru lah Amir. My dear ex :) Siang tu , aku dok fikir-fikir jugak , dia ingat tak harini birthday aku . Manalah tau kan , dia dah lupa , sebab benci sangat dekat aku , atas apa yang aku buat . Lol . Rupa-rupanya tak , sebab dia kata , dia dah janji nak jadi orang pertama wish birthday aku masa kitaorang couple . Okay fine , lagi tambah tacing . Sebab aku tak ingat pun janji tu :\ 

Dan , aku terus bergayut dengan ehem ehem , sehingga kreditnya habis . Muahahahaha . Then , dia call guna number celcom pulak . Pakai bill katanya , boleh gayut lama-lama . Pehh . Demi aku , semuanya sanggup . Bak kata Ann , baru baru lagi . Hahaha . Lepastu adalah mesej dari yang lain lain , dan aku teruskan bergayut dengan Zul pulak , lepas stop dengan Ehem ehem . heee . Pukul 2 pagi aku baru tidur . 

Situasi ramalan .

Pendekkan story , dila dah kata ada suprise untuk birthday aku kali ni . LOL . aku bayangkan tepung , telor je lah time tuu . Tapi bila tanya tanya , dia kata takde-takde . Fuhh ~ legaa lah kan . Janji dengan dila ni bukan betul . Tapi aku dah biasa dah . Sebab tu pukul 4 tuu , aku baru nak mandi . Sudah mandi aku tengok takde pon mesej dari minah ni . Jadi ke tak ? Aku dah stress je dengan minah ni . Lelast pukul 5 suku baru nampak batang hidung . Dengan muka tak bersalah , terpekik terlolong depan rumah aku . Gila keapa perempuan ni . Dan aku pulak , demi menjaga keselamatan diri dan rambut yang baru lepas syampoo dari sebarang kemungkinan , aku memakai tudung :D. Then , terus menaiki honda icon minah ni menuju ke taman wijaya . HAHA . Tempat tak kelass langsung . Shitt ! Berani kau beranggapan sebegitu ye ! 

Potong kek . Hikhikhik

Ditaman , kelihatan beberapa insan yang bakal mendajal aku sebentar lagi . Alahaii . Pehal alim guna track suit ni ? Confirm aku kena nanti ni . Dengan pakatan keji mereka-mereka semua ni , mereka telah mengumpan aku dengan sebiji kek berperisa apetah . blueberry kot . ketika sedang enak aku perasan diva memotong kek blueberry yang ada love dark chocolate and white chocolate dibawah serumpun buah buahan dan ketika aku ingin menyuap kek ke mulut ckin kot kalau tak salah , tetiba tepung turun membadai tudung aku . Huaaaaaaaaaaa !!!!  dilaa jahat ! dila jahat ! dila jahat ! Aku baru belilah wey skinny jeans aku ni . mencik mencik ! \


Dilaa !!!! siapp kauuu !!!!

Kau zoom , tengok manusia yang mendajal aku extra (baju pink)

Dan seterusnya berlaku perang tepung antara dila dengan alim , aku rehat jap , join aini makan kek blueberry . Setelah berehat selama beberapa detik dari balingan tepung aku kena lagi . Dan kali ni tepat di sasaran . Kena dengan sheikh pulak , hambik kau . Dia pegang kepala aku , tangan dia yang besar gajah tu gomol muka aku dengan tepung . Lepastu kena baling lagi dengan halim , dengan dila . Huaaaaa . Tapi yang memang bebetul shoot aku , sheikh lahh . Balik-balik muka aku kena gomol . Kuajaa tau tak kuaja . !!! Last aku kena dengan sheikh , dia simbah aku dengan air mangga yang dibancuh dengan tepungg . Gila babeng . Jahanam rambut akuu . Mencik mencik ! Kena cuci lagii . Huaaaaa . Dan akhirnya aku pulang kerumah . Dengan pakaian yang dipenuhi dengan tepung ! Balik balik kena marah dengan mak T_T 


Dengan Anem . 

Double ' Cahaya Mata '

Ckin & Alem .

Extra Happy . 

Kek dah tinggal sikit :/

Dalam pada i gembira , 
sometime i feel so sad juga ,
coz BFF takde semua ,
but , i always love you guys forever . 
- Rentak lagu Be Mine

Last but not leaset , aku nak ucap thanks sangat-sangat dekat korang sebab plan birthday aku kali ni . Walaupun , dekat setengah jam jugak lah aku berkampung dalam toilet tadi bersihkan tepung dan seumpama dengannya . Aku sayang korang sangat sangat . Muahmuahmuahm . Big Hug

Nurul Ainee 

Labels: ,